Sukan Permainan

Bola Baling



16.    HUKUMAN-HUKUMAN

16.1  AMARAN

  1. BOLEH diberikan kepada perkara-perkara yang melibatkan kekasaran terhadap pihak lawan, tidak termasuk kepada kategori hukuman berturutan, perkara 8.3
  2. MESTI diberikan apabila:
·                                  melakukan kekasaran yang agresif    kekasaran semasa melakukan halangan
·                                  tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai.

      3. Seorang pemain TIDAK BOLEH diberikan lebihdaripada 1 (satu) KAD KUNING.

      4. Pemain yang telah diberikan 2 minit penggantungan TIDAK BOLEH diberikan        KAD KUNING      berikutnya.
      5. Seorang pegawai hanya diberi sekali sahaja KAD KUNING.

16.2   Referi atau pengadil akan menunjukkan KAD KUNING kepada pemain atau pegawai dan penjaga masa atau pencatat untuk dibuat catatan. (Ukuran kad 9 cm  x  12 cm)

16.3   PENGGANTUNGAN

          Penggantungan MESTI diberikan:

  1. Kesalahan pertukaran pemain (Peraturan 4.5 - 4.6)
  2. Melakukan kesalahan yang berulang (Peraturan 8.3)
  3. Melakukan sikap tidak bersemangat kesukanan oleh pemain di dalam atau di luar gelanggang. (Peraturan 8.4)
  4. Kesalahan kali kedua oleh pegawai (Peraturan 16.1.4 dan 8.4)
  5. Tidak meletakkan bola dengan serta merta apabila berlaku kesalahan (Peraturan 13.5)
  6. Mengganggu pihak lawan semasa balingan dilakukan (Peraturan 15.7).
  7. Kesalahan oleh pemain atau pegawai yang tidak layak menyertai permainan - Tambahan 2 minit lagi (Peraturan 16.3)
  8. Tiada semangat kesukanan oleh pemain (Peraturan 16.12)
16.4   Menunjukkan tanda penggantungan selepas memberhentikan masa permainan (Isyarat No. 14)

16.5   Masa penggantungan adalah 2 minit.

  1. Penggantungan kali ketiga pada pemain yang sama, hukumannya 
  2. Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya.
  3. Memulakan masa penggantungan dengan wisel.
  4. Penggantungan 2 minit akan dibawa ke seperauh masa kedua. jika masa masa penggantungan belum tamat.
  5. Penggantungan 4 minit (2 minit, 2 minit). Keadaan ini boleh dikenakan kepada pemain apabila seseorang pemain melakukan kesalahanberulang kali selepas dikenakan gantungan 2 minit / melakukan keselahan selepas tamat masa gantungan 2 minit seperti salah masuk, maka pemain ini digantung 2 minit lagi (Peraturan 16.12)

16.6   PENYINGKIRAN (KAD MERAH)
          BOLEH diberikan kepada:

  1. Pemain yang tidak didaftarkan dalam pemainan itu.
  2. Kesalahan kali ketiga oleh pegawai yang melakukan kesalahan tiada semangat kesukanan atau selepas pegawai lain telah menerima hukuman penggantungan 2 minit.
  3. Membahayakan pihak lawan.
  4. Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai pasukan sama ada di dalam atau diluar gelanggang.
  5. Menyerang di luar masa bermain, sebelum bermain atau semasa pertukaran gelanggang (Peraturan 8.7, 16.13.2 dan 16.13.4)
  6. Kerana penggantungan kali ketiga (Peraturan 16.5.1)
  7. Menyerang oleh pegawai pasukan (Peraturan 8.7)
  8. Mengulangi sikap tiada semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai pasukan semasa pertukran gelanggang.
16.7   Referi atau pengadil menunjukkan selepas memberhentikan permainan. Dihalakan kepada penjaga masa dan pencatat.

16.8   Pemain atau pegawai pasukan yang telah disingkirkan, pasukannya MESTI berkurangan seorang pemain (mengeluarkan seorang pemain) sehingga masa penggantungan selama 2 minit tamat. Selepas tamat masa penggantungan, bolehlah menambah kembali jumlah pemain. Masa penggantungan boleh ditambah 2 minit lagi sekiranya pegawai atau pemain melakukan kesalahan tiad semangat kesukanan.

16.9   PEMBATALAN

          BOLEH diberikan:
  1. Pemain melakukan kesalahan yang berat semasa permainan.
16.10  Referi atau pengadil akan menunjukkan isyarat No. 15 selepas memeberhentikan masa permainan.

16.11  Pemain yang dibatalkan hendaklah beredar dari kawasan gelanggang dan tempat pemain gantian danTIDAK DAFTARKAN terus bersama pasukannya untuk keseluruhan kejohanan.


 Satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain bola baling iaitu hantaran aras dada. Hantaran ini seringkali digunakan oleh pemain-pamain terutama bagi pasukan amatur seperti pelajar-pelajar sekolah dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan. Oleh itu, kali ini saya akan menerangkan bagaimana untuk melakukan 'drill' untuk latihan hantaran aras dada.

Perkara pertama, jurulatih perlu menerangkan kedudukan tangan pemain ketika melakukan tolakan hantaran aras dada ini. Kedudukan tangan 'mengembang' atau 'mengepak' di mana bola berada pada aras dada. Pasti pegangan bola adalah sama dengan kaedah menyambut bola yang betul.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3J1_erLoqsoiIyNvccJVJBQzuS71_H6uVZ3LmEWKlSHoyXTRCmNwOdxDqjujC8S8vuZB-hHoo_TC7JJD0aEL3ds27yFD7mrxqIO2zCNmBKvX1ER2TEeUKK3SBG6wX1RqB5m_Tch8BMss/s320/izzah.JPG

 Kedudukan ketika menerima dan menangkap bola


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPtwyd0w-Qmw9TR195kuaf_evdxbmOXWv5QkMtXrI8ylgPqcB3TF0UXXEh5dR21XyYZKtTLmV9uvjiKiV4vCYvMFyAWe6qRBb2EjMjgtFYt6blQ_8zDbXhc6NkkDksk4S0bERtmli_lnM/s320/izatul.JPG
  Kedudukan tangan ketika menerima dan memegang bola untuk melakukan tolakan hantaran aras dada 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFFyW1BqPRr4-oJOPUrmtjVwLDg2IizfocXQY-Oy8mCyAdFbfp9sCoI_XUwxLku6Un99lcqUGeF4wY-_63brPr1RgWypPfFGMD7Zqkgz8Dr6VlxYB9HpNklxadNsygUIbfZTw3OENdngQ/s320/P1250013.JPG     
Bola dari aras dada ditolak serentak dengan satu langkah kaki ke hadapan 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4nDgcvxJ8ziy-AhPmeGtS699UEkHR-TGwmC2SgaYZPjBqh9Kn3FlpXSw5jld5blDHgrys0gyDu0sdpplsyksxcR3HQVL74Ade-zaCoRM0CNEZi0DZGwhM6OMFUrhf40pV_1EDg4-LrRs/s320/P1250015.JPG
Keadaan tangan ikut lajak setelah melepaskan bola diikuti langkah kaki ke hadapan

Gerakan untuk membuat hantaran aras dada ini dimulai dengan gerak sendi siku, diikuti dengan gerakan pergelangan tangan dan diakhiri dengan tolakan jari pada bola. Gerakan dilakukan serentak dengan gerak satu langkah kaki ke hadapan dengan keadaan lutut yang kendur sedikit pada awalnya. Tambahan pada sedikit lonjakan kaki belakang untuk menambahkan kuasa tolakan ke hadapan.

Penting dalam latihan ini, kita mesti memastikan kedudukan tangan bukan di tepi bola tetapi di belakang bola ketika melakukan tolakan. Ramai pemain yang memegang di tepi bola ketika melakukan kemahiran ini kerana berpunca dari kesalahan mereka ketika menangkap atau menyambut bola. Oleh itu, untuk menjadikan kemahiran ini lebih mudah untuk dikuasai kita perlu memastikan kemahiran menangkap bola telah diperbetulkan terlebih dahulu.

Kemahiran menghantar bola aras dada secara statik ini juga memerlukan masa untuk pemain dapat menguasai dengan baik. Sekurang-kurangnya kita memerlukan beberapa hari untuk menjadikan pemain-pemain kita benar-benar dapat menguasainya sebelum kita beralih kepada kemahiran yang lebih tinggi dalam kemahiran ini. Latih tubi perlu dilakukan dengan kerap atau banyak. Lebih baik menggunakan sekurang-kurangnya satu bola untuk dua orang supaya latih tubi atau 'drill' untuk kemahiran asas ini dapat dilakukan dengan banyak bagi seseorang pemain. dan jika sekiranya tempat latihan kita mempunyai tembok atau dinding, berikan sebiji bola untuk seorang pemain melakukan 'drill' untuk kemahiran ini.

Lanjutan kepada kemahiran ini, kita boleh melakukan dengan cara bergerak perlahan berpasangan. Tumpukan kepada hantaran bola ke arah kawan bergerak. Arah tuju bola ke arah mana kawan bergerak dan pastikan hantaran dalam jangkauan rakan dan tidak terlalu jauh ke hadapan dan tidak tertinggal di belakang.

Seterusnya kemahiran ini diteruskan dengan larian anak ke arah gol lawan. Istilah 'one two' sering digunapakai oleh jurulatih kepada kemahiran peringkat ini.  Kemahiran ini menggunakan sepenuhnya ruang atau gelanggang permainan. Pada peringkat ini kita boleh menambahkan sedikit dengan kemahiran menjaring di akhir hantaran'one two' tadi. Memulakan dengan hantaran penjaga gol dan dilakukan berpasangan seterusnya melakukan jaringan.


KEMAHIRAN MENGAWAL

Dalam apa-apa sukan sekali pun kawalan amatlah penting. Menghadang atau mengawal dilakukan untuk mengganggu pemain dan menyekat pergerakan pihak lawan yang sedang menguasai bola. Ini dilakukan untuk menguasai semula bola. Pihak pertahanan boleh mengamalkan cara-cara ini untuk mengawal pihak lawan:

i. Menghadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ5lkeeR0o1gFcNMmON5BmsOO_Q7a2a7uFpHr8DWpcqMWHvGnKAn4bzHqxM5yZpXC6bXDlxtT0GFjb1xJnC3Eqt-KsSNJL9rUVijDzrZrdwojJnM0dkHPxrelxa0sa-719Z7J9jmaBq4M/s320/melarikan+bola.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyiZTav8KHqTNHvmn4RCheQMHEUlQtzp-0KcXQrGnKGIlyyUW3c8X0puESfdNLNrQklpIoV7NuWXpqcTXzMqBXynQ0Z7xyFAqJBnx2RH8we2pmQxUF29CJgkIFOCZriNuq_QqKeBCUq6o/s320/mengawal2.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNHNT02pBuJORNm7QrkWqnTpPUutkbATXqRKsBe3CcS2qzprjG-OP8l_GMJB2q8Vxca-5kZ5a8cx3smytJWuB1LkNcT99GUMoOae4Moa9tMj42aCVk5A3DSjGlBP7gGXF0_T0FHF6yb40/s320/mengawal1.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPnvPa_eTPT_vHK2jrFJZiUo421uRo-oYTYTW7SNpmlsWdiIetObyFSF9hDY-e2kLdvc_ZL3rTr16k2NxQMPMqmqiHmAAoDPJ4XwgdxoEMHcf7wB3VOJh9YYalMdbBYDzGaF-FacpciMM/s320/mengawal3.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhgwUX32DXMYsRrRZqhVCHIofZtQI1H-KuSh9DsvyN5P9aZgZhvfN9J2Bj7DRvtkpMGJbQs5kbMXPLlpNmzhnFX0B-SxXQKr1TsBo1CeYMBv8VoolAmhicvnOYAGZX2vfTxEWEeIxiUps/s320/mengawal22.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_lxV9pwTkhrTa_AKwT3144tt31mUJHbSMq6xGvOVIXKBfMltDzRpna-utwDMGW88hrG3tz637Ep6IU7xqWhJmFQOQ63Nqxs2cyyzwZXvRRLB1OonTkgeZz09VZPy5KEGFo2dvPZgnvgg/s320/mengawal+1.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7t_CLPWFCILDm8m2_WACDKsLNWa1KjPMY7Gt0Z81YWGCwuINM-UFB2DTx76SXd6qkaCBY7eHv4nOSbKQWoSen9O2olvU8tcQ6cyaEWdXNv6wyzmkrhW_dZGLcrA2_7WhuEoI6a08hpxQ/s320/mengawal+bola+melarikan+diri.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7MfVC-GgV5pNHUsVdpe9RN1cYEmprDLVaRCBcgRBrroLKDrdYwiE9QO5BWNqefrE63Kx3W2adop7HmjdcI0lpUr_ABi-J-i-oXFhX5GYgDoy92EMAPPokm2xarVz2AbxJJYrqEAYLC_g/s320/menghadang.jpg
 Pasukan bertahan mengawal dan menghalang pergerakan pemain penyerang

ii. Mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran.

 Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1AcX0eSXC6Uqr35hr_ghQPSLSsAPoq0md3lpEigLVLvj9xBpA6AH9JEiwRLHwqsIncTUvlGscEeUqrdYpMn6JmNMFbn03lhMbqu7strHcGO9lHlpgODgYQVT8QW0A-l_KEidRZce8QDU/s320/memintas.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR46bB6AzLtxRijO0P9zgxCRsUXJW6mHKw-jBd6MGhkfh5q8pb8rXGlfBk-kafh7EZdbhKcQgJbL5rOm6eQ4f4eIXli9Mhpm-7SshfZm9Zw3cxd7KRP2hvFuQLsh5M5vIXTgmgH4JMqkE/s320/memintass.jpg
Pemain pertahanan mengawal pergerakan pemain penyerang

iii. Mengganggu penjaring dengan melaksanakan sistem pertahanan yang sesuai seperti sistem zon atau sistem kumpulan.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-QYD9xyln9Ze3sMWzt6k_0AlwoRH9vWhV8h-ZX9OOWwl4NwgX2PGwom1F1Qq8qUOeqF5JMyEACpCckMpC1DdTJvcL2rcQlf3j1YzGSWSzv8yo9DW3llu_7Ymuye9tEsfoH4gba71mRNA/s320/menjaring+over+walll.jpg

Pasukan bertahan membuat benteng untuk menghalang pemain penyerang membuat jaringan 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan